• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    KERAP MENYUMPAH SUAMI


    Aktres Bollywood Rani Mukerji mendedahkan dia kerap ‘menyumpah’ suaminya, Aditya Chopra.

    Bagaimanapun, aktres yang terkenal menerusi filem Chori Chori Chupke Chupke itu menjelaskan, kutukan dan sumpahan itu bukan bersifat negatif.

    “Ya. Hampir setiap hari saya ‘sumpah’ suami, malah saya juga sering mengutuknya tetapi dia balas dengan kasih sayang dan kutukan itu bertukar menjadi cinta.

    “Dalam keluarga saya apabila mengutuk, kita mengutuk dengan cinta. Kami tidak mengutuk dengan benci. Jika saya mengutuk seseorang, itu bermakna saya benar-benar mencintai orang itu,’ katanya.

    Sementara itu, Rani baru-baru ini mendedahkan perkahwinan rahsianya yang diadakan di Itali pada 21 April 2014 hanya dihadiri 12 tetamu.

    Katanya, suaminya yang juga penerbit enggan menjadi perhatian dan mahu menjalani kehidupan yang privasi.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan