• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SEKSI SANGATKAH SAYA?


    Pelakon Niena Baharun menafikan dakwaan dirinya tidak peka dengan sensitiviti masyarakat apabila penampilannya ketika bercuti di Thailand baru-baru ini dikritik netizen.

    Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 24, berkata, penampilannya sepanjang percutian terbabit tidak keterlaluan mahu pun mendedahkan auratnya.

    “Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu seksi.

    “Sebagai wanita berhijab, saya tahu batas yang perlu dijaga kerana apa yang saya pakai menjadi tatapan umum.

    “Jujur saya tidak tahu dari mana datangnya seksi sehingga dikecam netizen. Barang­kali sebab saya lama me­nyepi menyebabkan mereka ingin mengetahui perkembangan terkini saya,” katanya.

    Niena ketika dihubungi diminta mengulas mengenai beberapa foto bersama rakan yang bercuti di sebuah pulau di Thailand, minggu lalu.

    Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu dikecam apabila pakaian yang dipakainya dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

    Menurut Niena, dia tidak mahu ambil pusing dan melayan komen negatif yang hanya mengganggu fikirannya.

    “Saya mahu tenangkan fikiran. Kalau ada yang tidak selesa dengan penampilan ketika bercuti di Thailand tempoh hari, saya mohon maaf,” katanya.

    Perkembangan lain, Niena bakal muncul dengan drama Dia Anak Jeneral di saluran RTM tidak lama lagi.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan