• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MIN WOO HYUK DAKWA DISEKSA PIHAK PENGURUSAN


    Annyeonghaseyo! Bukan saja artis wanita tetapi artis lelaki di Korea Selatan turut menjadi mangsa kekejaman pengurusan.

    Itulah pendedahan pelakon Min Woo Hyuk yang mengejutkan ramai.

    Menurut Woo Hyuk, bekas pengurusnya kerap menggunakan kekerasan terhadapnya.

    Malah, dia pernah mengalami sawan beberapa kali dan dimasukkan ke hospital lebih tujuh kali sepanjang dia di bawah jagaan pengurus terbabit.

    “Pada waktu itu, saya tidak tahu cara untuk melawan. Saya ingatkan perkara itu biasa dan terjadi kepada semua artis,” katanya.

    Bukan setakat itu, Woo Hyuk mengakui kepalanya pernah dihentak botol minuman hanya kerana dia terlewat setengah jam untuk ke satu acara.

    Paling mengejutkan apabila dia mendedahkan pernah dikunci di rumah selama sembilan bulan.

    “Pengurus tahu saya tidak boleh pulang ke rumah keluarga dengan kesan lebam dan luka di muka kerana ibu bapa tidak menyedari mengenai penderaan itu.

    “Dia menggunakan alasan itu untuk berterusan memukul saya supaya sentiasa ada kesan sedemikian pada wajah saya,” katanya.

    Bagaimanapun, dia tidak dapat mendedahkan penderaan terhadapnya ketika itu memandangkan dia anak sulung dalam keluarga.

    Woo Hyuk tidak mahu bebankan ibu bapanya dan membuatkan mereka bimbang keselamatannya.

    Kini, dia bersyukur apabila bekas pengurusnya itu sudah tidak bekerja dalam industri hiburan lagi. Dia juga mengakui masih tidak faham kenapa individu itu suka menderanya

    dulu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan