• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FAZURA DAN FATTAH AMIN KE TANAH SUCI MEKAH TUNAI UMRAH BERSAMA?


    PELAKON sensasi kesayangan ramai, Fattah Amin bakal ke tanah suci Mekah pada 15 November untuk menunaikan ibadah umrah.

    Malah, teka-teki individu yang bakal bersama Fattah menunaikan umrah masih belum terjawab.

    Namun, kesempatan untuk bertemu Fattah sempena majlis pelancaran wangian AJ de'Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam baru-baru ini menjawab segala persoalan.

    "Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi tentang dakwaan saya pergi bersama Fazura lebih elok bertanyakan dia sendiri.

    "Malah, disebabkan jadual saya terlalu padat semua persiapan untuk menunaikan ibadah itu saya serahkan kepada pengurus saya termasuk membeli barangan kelengkapan umrah," jelasnya kepada Astro Gempak.

    Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.

    Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

    "Semoga terus doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua," katanya ringkas.

    Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de'Parfum untuk tahun kedua berturut-turut.


    Dalam pada itu, Fattah Amin tidak menolak seandainya menemui jodoh dengan wanita yang lebih matang dan berusia daripadanya.

    Kata Fattah, 27, dia menjadikan kisah Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan berkaitan jodoh dan menganggap usia bukan penghalang.

    "Saya tidak kisah siapa isteri saya, terima sahaja tua atau muda sebab jodoh itu rahsia Allah.

    "Malah, Nabi Muhammad S.A.W pun memperisterikan Siti Khadijah yang berbeza usia 15 tahun.

    "Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja," kata Fattah ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian AJ de'Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

    Gosip kisah cinta Fattah dan pelakon jelita Nur Fazura mula diperkatakan apabila kedua-duanya digandingkan untuk membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada pertengahan tahun ini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan