• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FATTAH DAN FAZURA UMUM PERTUNANGAN


    'Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu'. Spekulasi peminat dan pemerhati media sudah terjawab.

    Pasangan selebriti, Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun dan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun sahkan mereka sebenarnya sudah bertunang pada 13 November lalu di kediaman nenek aktres itu di Petaling Jaya, Selangor.

    "Kami tidak bernikah di Mekah," kata Fattah di sebuah sidang media khas yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi. 

    Di sidang media itu, Fattah mengesahkan keluarganya menghantar rombongan merisik Nur Fazura pada 13 November lalu. Mereka terus melangsungkan pertunangan mereka pada tarikh yang sama.

    Pasangan tersebut yang memakai baju putih sedondon itu tiba di sidang media itu sejurus selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sekitar jam 4.15 petang tadi.

    Majlis pernikahan Fattzura akan dilangsungkan secara tertutup tidak lama dari sekarang, namun tarikhnya belum dipastikan lagi atas sebab proses aplikasi pernikahan.

    Pasangan sensasi ini juga merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi pada awal tahun hadapan; satu bagi keluarga dan rakan media manakala satu lagi untuk para peminat. 

    Menurut Fazura, majlis resepsi untuk peminat diadakan bagi menghargai mereka yang telah menyokong dan mendoakan mereka selama ini. 


    Pengakuan Fazura

    'Saya nampak masa depan saya di mata Fattah' - Fazura "Saya nampak masa depan saya di mata Fattah," itu yang diucapkan Nur Fazura berhubung hubungannya dengan Fattah Amin.

    Mengakui sikapnya yang degil dan terlalu mementingkan kerjaya, ajakan Fattah untuk menghalalkan hubungan mereka pernah dipandang sepi Fazura.

    "Saya berfikir panjang tentang hubungan saya dengan Fattah tetapi apabila dia hantar keluarga untuk merisik, hati saya terbuka untuk menerimanya," kata aktres yang berusia 34 tahun itu.

    Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, bagaimanapun kesal dengan laporan-laporan yang disifatkan kurang beretika oleh beberapa media tentang hubungan mereka.

    "Kita masyarakat Timur, jadi saya merasakan tindakan seperti menyebarkan gambar-gambar rumah keluarga saya sangat tidak patut dilakukan.

    "Apapun saya hargai kesabaran semua pihak menunggu kami balik dari mengerjakan umrah," kata Fazura.

    Fattah, 27 tahun memberitahu, keputusan merahsiakan pertunangan mereka adalah keputusan yang diambil bersama keluarga.

    "Kami mahu fokus kepada ibadah umrah. Jika berita pertunangan ini diumumkan ketika itu, mungkin tumpuan kami akan terganggu," katanya.

    Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella  mengumumkan sudah bertunang 13 November lalu dua hari sebelum berlepas ke Mekah.

    Buat masa ini, tarikh pernikahan belum ditetapkan namun dirancang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan