• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SUAMI CERAIKAN EZLYNN DENGAN TALAK SATU


    SELEPAS enam tahun mendirikan rumahtangga, penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn bercerai talak satu dengan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

    Adam Fahmy, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim Syarie Noor Byetty Nasir, pada 10.30 pagi.

    Dalam prosiding itu, sebelum Adam melafazkan cerai, Noor Byetty mengarahkan dia dan Ezlynn bermaafan.

    Permohonan cerai secara baik itu difailkan Ezlynn pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984.

    Ezlynn diwakili peguam syarie Izyan Hazwami Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari sebagai peguam Adam.

    Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan anak.

    Media sebelum ini melaporkan, khabar angin mengenai keretakan mahligai pasangan terbabit mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila Ezlynn sering dilihat tampil sendirian tanpa suaminya.

    Sementara itu suami kepada penyanyi Ezlynn, Adam Fahmy Shamsudin kecewa dengan sikap isterinya yang melemparkan pelbagai tuduhan buruk di media dan laman sosial bertujuan merosakkan kredibilitinya.

    Adam, 38, yang pernah menguruskan kerjaya Ezlynn, 35, sejak 11 tahun lalu berkata, isterinya berbuat demikian kerana mempunyai motif tertentu.

    "Tuduhan dan fitnah Ezlynn selama ini bermotif untuk memaksa saya menceraikannya.

    "Saya akan menjelaskan cerita yang sebenarnya nanti," katanya kepada Harian Metro.

    Pasangan ini sudah empat bulan tinggal berasingan dan dalam proses perceraian.

    Mereka akan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur jam 10 pagi esok sebagai susulan kes penceraian mereka.

    Selasa lalu, Ezlynn mengejutkan ramai peminat apabila memuat naik status di Instagram mendedahkan rumahnya ‘dirompak’ suaminya sendiri.

    Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu turut membuat laporan polis dengan mendakwa Adam mengambil barang-barang termasuk merosakkan kediaman mereka sehingga rumah itu kelihatan seperti rumah tinggal.

    Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan esok untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan