• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ENGGAN TERJEBAK CINTA LOKASI


    PENYANYI Amira Othman berharap dia tidak akan terjebak dalam mana-mana cinta lokasi dengan pelakon gandingannya.

    Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 23, berkata dia akan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan sebarang masalah di masa hadapan.

    "Saya berharap sangat tidak jatuh cinta di lokasi penggambaran. Sebelum ini pun saya pernah beritahu kalau boleh saya tak nak bercinta dengan artis.

    "Tapi untuk langkah berjaga-jaga supaya tidak timbul sebarang gosip atau kontroversi, saya akan pastikan ada batasan dengan pelakon yang digandingkan.

    Amira, Indah dan Siti Nordiana yang turut hadir bergambar dengan pengasas produk Salima Skin Solutions.

    "Sebagai contoh, mungkin kalau perlu berhubung di luar kerja saya akan gunakan orang tengah," kata Amira.

    Amira ditemui ketika majlis memperkenalkan pengasas produk Salima Skin Solutions di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Menurut penyanyi lagu Hati-Hati ini, dia tidak bimbang bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami jika bekerja secara profesional. 

    Kata Amira, keserasian antara dua pelakon boleh terjadi di lokasi namun tidak perlu dibawa sehingga di luar waktu kerja.

    "Nak kata takut bergandingan dengan pelakon lelaki sudah berkahwin itu tidaklah.

    "Sebab saya percaya, kalau kedua-duanya bagi komitmen yang begitu profesional Insya-Allah tidak akan ada isu apa-apa.

    "Mungkin keserasian itu ada ketika diwaktu kerja namun tidaklah bawa sampai ke luar lokasi," ujarnya.

    Amira pernah bergandingan dengan pelakon Hisyam Hamid menerusi drama pertamanya, Abang Bomba I Love You dan terbaru dia menjadi isteri kepada Hafidz Roshdi dalam drama Red Velvet yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

    Dalam nyanyian pula, Amira bakal mengeluarkan single terbaru berjudul Mimpi Indah tidak lama lagi.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan