• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    VOKALIS LINKIN PARK BUNUH DIRI


    PENYANYI utama Linkin Park, Chester Bennington ditemui mati di Los Angeles, dipercayai membunuh diri.

    Jabatan Koroner Daerah Los Angeles berkata, Bennington, 41, meninggal dunia di rumahnya di Palos Verdes berhampiran Los Angeles pada Khamis.

    Jurucakap, Brian Elias berkata, kematian itu disiasat sebagai kes bunuh diri.

    Sementara itu, laman web hiburan, TMZ memetik sumber polis berkata, Bennington menggantung diri ketika bersendirian di rumah dan keluarganya berada di luar bandar.

    Kematian Bennington mengejutkan penyanyi Linkin Park, Mike Shinoda.

    “Terkejut dan patah hati tetapi benar. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan kelak,” katanya menerusi Twitter.

    Kematian Benington berlaku seminggu sebelum kumpulan itu bakal memulakan jelajah Amerika Syarikat di Mansfield, Massachusetts pada 27 Julai serta pada hari video muzik Linkin Park ‘Taling to Myself’ dilancarkan.

    Linkin Park terkenal dengan lagu seperti ‘In the End,’ ‘One Step Closer’ dan ‘Crawling’ yang menang anugerah Grammy bagi persembahan rock terbaik pada 2002.

    Kumpulan itu turut bekerjasama dengan Jay-Z untuk album ‘Collision Course’ pada 2004.

    Linkin Park sudah menjual lebih 70 juta album di seluruh dunia sehingga kini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan