• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    VIDEO TULAR LELAKI SADO DITUMBANGKAN TIGA PENGAWAL KESELAMATAN DI USJ


    Viral video seorang lelaki berbadan besar ditumbangkan tiga pengawal keselamatan di bangunan kediaman di Subang Jaya.

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.13 petang di Kondominium USJ One, lelaki itu dikatakan mahu masuk ke bangunan kediaman itu. Malangnya tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas, atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. .

    Berdasarkan video yang dimuat naik laman Discover Subang Jaya, pengawal keselamatan warga asing itu kemudian berdepan dengan lelaki terbabit, sebelum ditenangkan salah seorang kakitangan bangunan.

    Bagaimanapun, lelaki terbabit secara tiba-tiba menendang kaki kiri pengawal berkenaan lalu berlaku pergelutan di antara mereka berdua sebelum didatangi dua lagi rakan pengawal yang berusaha menghalang lelaki terbabit dari terus menyerang mangsa. .

    Lelaki itu kemudian berjaya dihalang, lalu diikat dengan tali dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. .

    Tidak lama selepas video itu viral di media sosial, lelaki terbabit tampil memberi serba sedikit penjelasan mengenai insiden itu.


    . "Ia cerita yang panjang. Saya yang terlibat dalam kejadian itu. Saya tidak berniat mahu mencederakan sesiapa, saya boleh saja berlawan dengan mudah. .

    . "Saya menendangnya beberapa kali agar dia menjauhkan diri dari saya tetapi sekumpulan lelaki bodoh ini melompat ke arah saya. Saya tidak melawan balik. Saya bukannya bodoh, tapi saya tidak mahu ada masalah dengan pihak polis. .
    .
    "Bagi saya, dia hanya lelaki yang kelakar dan saya mengaku ianya salah saya yang menamparnya. Tetapi saya telah meminta maaf, begitu juga dengan mereka. Ia hanya salah faham sahaja. . "Kepada lelaki yang merakam video kejadian ini, F*ck you! Stupid internet twerps, ain't got nothing better to do," katanya. .

    Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakannya yang mencederakan pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas itu.

    . "Mereka hanya menjalankan tugas dan tidak kira mereka warga asing ataupun bukan, merekalah yang menjaga kawasan kejiranan kita

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan