• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    TOMOK TIDAK MAHU ANAK JADI ARTIS?


    SUDAH menjadi trend semasa apabila ibu-bapa selebriti membuka akaun laman sosial untuk anak-anak mereka, namun ia tidak akan dilakukan oleh penyanyi Tomok.

    Tomok berkata, dia tidak pernah terfikir untuk membuka akaun media sosial untuk dua anaknya iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 6,  dan Andrashah Iman (Andra), 3, biarpun mereka mempunyai peminat dan sering mendapat perhatian.

    "Saya rasa tidak perlu buka akaun Instagram untuk mereka kerana nanti saya juga yang akan jaga akaun tersebut.

    "Biarlah mereka buka sendiri akaun tersebut bila sudah besar dan tahu mengendalikannya," ujar Tomok.

    Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 33, ditemui pada majlis berbuka puasa The 8 Unit & Monkey Bone, baru-baru ini.

    Tambahnya, dia lebih selesa hanya berkongsi perkembangan anak-anak di laman sosial peribadinya sahaja.

    Sementara itu, ditanya tentang perkembangan anak-anaknya, Tomok berkata, dia tidak menggalakkan dua cahaya matanya itu menjadi seorang anak seni.

    "Anak sulung saya memang minat sangat menyanyi tapi saya tidak galakkan sangat. Saya tahu bagaimana peritnya jadi penyanyi jadi saya tidak mahu dia melaluinya.

    "Tapi kalau dia mahu juga saya akan minta dia belajar dahulu tentang industri muzik, sekurang-kurangnya dia ada pengetahuan tentang muzik," ujarnya.
    Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan