• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PENYANYI ARIANA GRANDE TERSELAMAT DARI LETUPAN BOM


    Sekurang-kurangnya 19 pengunjung sebuah konsert maut manakala 60 yang lain cedera dalam kejadian pengeboman di Manchester Arena, malam tadi.

    Menurut laporan CNN, pengeboman berlaku ketika konsert artis pop Ariana Grande berakhir dan pengunjung mula keluar dari Arena.

    Kata saksi, bunyi letupan kuat kedengaran beberapa minit selepas Ariana meninggalkan pentas.

    "Saya dengan bunyi letupan, orang ramai bertempiaran lari, menangis dan mula berlari ke arah pentas," kata Calvin Welsford, 18.

    Ariana yang tidak cedera dalam kejadian tersebut meminta maaf dengan kejadian berkenaan.

    "Kecewa. Dengan tulus saya meminta maaf. Saya tak tahu mahu berkata apa lagi," kata Ariana menerusi akaun Twitternya.

    Polis kini mengepung kawasan sekitar Manchester Arena dan memeriksa objek-objek yang 'mencurigakan'.

    Sebuah hotel berdekatan dengan lokasi kejadian digunakan sebagai tempat perlindungan kepada mereka yang menghadapi sekatan jalan.

    Ramai pemandu teksi dan orang awam pula menjadi sukarelawan menghantar pengunjung konsert kembali ke rumah masing-masing secara percuma.

    Sementara itu, perdana Menteri Britain, Theresa May menganggap pengeboman tersebut 'serangan pengganas yang menakutkan'.

    Theresa juga menggantung kempen untuk pilihan raya Britain pada 8 Jun dan akan menghadiri mesyuarat tergempar hari ini.

    "Kami sedang mengumpul segala maklumat berkenaan kejadian yang dikategorikan sebagai serangan pengganas. Segala simpati kepada waris mangsa terkorban dan yang cedera," kata Theresa.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan