• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    BENJY KANTOI BAWA DADAH DALAM DUBUR DI INDONESIA


    JAKARTA : Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim sekali lagi ditangkap selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam duburnya.

    Memetik laporan portal Detikcom, anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu diberkas setelah dua paket syabu seberat 14 gram berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

    Benjy kini ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana.

    Pada April 2016 Benjy, 39, dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan