• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PENONTON KECEWA TAYANGAN 'BEAUTY AND THE BEAST' DITANGGUHKAN


    PAWAGAM Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas meminta pelanggannya yang sudah membeli tiket filem 'Beauty and The Beast' untuk mendapatkan kembali wang mereka susulan pengumuman penangguhan penayangan filem tersebut.

    Pelanggan yang membeli tiket filem berkenaan menerusi saluran di atas talian ataupun menerusi aplikasi telefon akan menerima pulangan bayaran penuh secara automatik. Bayaran akan dikembalikan menerusi bank masing-masing. 

    Manakala, pelanggan ‘walk-in’ pula diminta ke kaunter pawagam tertentu (tempat dibeli) untuk mendapatkan wang tiket mereka dan dinasihatkan untuk membawa bukti pembayaran.

    Menerusi satu kenyataan Facebook, GSC berkata operasi pemulangan wang tiket akan bermula jam 11 pagi pada 14 Mac dan berakhir pada 31 Mac.

    GSC Mid Valley turut membatalkan majlis ‘Be Our Guest’  yang dilancaran sempena penayangan filem itu.

    Sementara itu, TGV Cinemas turut meminta pelanggannya untuk mendapatkan kembali wang tiket mereka menerusi saluran di atas talian ataupun di kaunter-kaunter pawagam.


    Terdahulu, tayangan filem Disney yang dinanti-nantikan itu dilapor akan ditangguh sehingga siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd selesai.

    Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi "moment gay yang eksklusif" dalam filem itu.

    Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.

    Ia juga menampilkan barisan pelakon seperti Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.

    Mengapa Tayangan filem 'Beauty and the Beast' di Malaysia ditangguhkan?

    TAYANGAN filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas filem itu mengundang kontroversi atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’.

    Filem Disney itu telah ditarik keluar dari senarai tayangan di semua pawagam di Malaysia sejak semalam.

    Menurut sumber, penarikan keluar penayangan terpaksa dilakukan secara berperingkat.

    Beauty and The Beast dijadualkan mula ditayangkan pada Khamis ini.
    Tarikh penayangan baharu bergantung kepada keputusan siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd.

    Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.

    Ia juga menampilkan barisan pelakon seperti Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.

    Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi "moment gay yang eksklusif" dalam filem itu.

    Wakil dari Buena Vista Tristar Columbia Tristar Films Malaysia Sdn Bhd, pengedar serantau filem Disney di Malaysia ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara ini.

    Namun, ujar beliau, peminat cereka aksi hidup ini boleh melawat laman Facebook pawagam-pawagam utama untuk perkembangan terkini.

    Sementara itu, menerusi laman Facebook, TGV Cinemas meminta pelanggannya untuk mendapatkan kembali wang tiket mereka menerusi saluran di atas talian ataupun di kaunter-kaunter pawagam.

    TERKINI !! LPF benarkan tayangan filem Beauty and the Beast

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan