Saat masih sendiri dan tidak mempunyai teman istimewa, angin menyampaikan khabar sebaliknya apabila pelakon jelita, Fathia Latiff, 29, didakwa bakal mendiami mahligai dan menjadi suri hati orang ternama dan berdarah raja.
Bagi peminat yang mengikuti perkembangan pelakon yang cukup popular menerusi drama bersiri Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa itu, pastinya khabar yang didakwa sangat mengejutkan.
Kali terakhir Fathia dikaitkan dengan hubungan cinta apabila bekas kekasihnya, pelakon Aiman Hakim Redza cuba berbaik semula dan pelakon seberang, Baim Wong membuat pengakuan mahu menikahinya.
Itu kisah setahun lalu dan sekarang ini sewaktu ditemui bagi menjayakan sesi fotografi khas, Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff menegaskan, dia masih sendiri.
Baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Menanti Februari, Fathia turut menafikan cerita dia bakal menikahi orang ternama dan berdarah raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan