Hari ini ramai betul warga kota menjadi pemandu teksi moden yang berasaskan penggunaan aplikasi alat peranti seperti Uber dan Grab.
Papa dapat informasi daripada mereka yang pernah melanggan khidmat teksi berkenaan, pemandu terbabit datang daripada pelbagai kaum, usia, latar belakang kerjaya dan kelulusan akademik. Ada memandu sepenuh masa, secara sambilan dan tidak kurang sekadar suka-suka.
Baru-baru ini, seorang kawan Papa yang selalu melanggan servis berkenaan terkejut dan gembira melihat pemandu teksi yang datang menjemputnya di pejabat.
Selepas bertegur sapa diamati betul-betul, rupanya orang itu adalah Danny bekas anggota boyband X-Factor.
Eh, bukankah sebelum ini Danny ada bisnes seperti menguruskan syarikat produksi dan menjadi ‘event organiser’?
Selepas kawan Papa berbual-bual, barulah dia dimaklumkan oleh Danny beliau hanya menjadi pemandu teksi moden itu sekadar hobi serta bersifat sambilan sahaja.
Kata Danny, dia masih menguruskan syarikatnya, Double Channel Sdn Bhd, cuma apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin, ‘terbang di awan’ sebagai pramugari, dia berasa agak bosan duduk di rumah.
Oleh itu, dia pun membuat keputusan untuk menjadi pemandu teksi. Hmm... baguslah tu sekurang-kurangnya Dannny dapat juga duit minyak tambahan saban minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan