• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MIA AHMAD LANGSUNG PERKAHWIAN DENGAN PENJAGA GOL JDT 13 JANUARI INI


    Pelakon Mia Ahmad mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari ini di Taiping Perak.

    Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 29, dia dan Izham tidak akan mengikat tali pertunangan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

    Bagi Mia, apa yang penting sekarang ialah dia mengharapkan segala dirancang berjalan lancar dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua pihak.

    “Alhamdulillah, selepas membuat perbincangan dengan kedua-dua pihak, kami sepakat memilih tarikh itu. Sehari selepas majlis nikah diadakan pula majlis persandingan. Insya-Allah majlis sebelah pihak lelaki diadakan pada Februari.

    “Sementara itu, majlis di Kuala Lumpur membabitkan rakan terdekat dan pihak media dijangka pada Mac. Apa yang penting sekarang adalah memberi fokus kepada majlis nikah yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan