
LAGU Lelaki Teragung, nyanyian Dayang Nufaizah dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL31) ke-31 sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.
Kemenangan tersebut melayakkan komposer Natasyah dan penulis liriknya Iman Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, trofi AJL dan penambahan baucar produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000 serta sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A.
Naib juara pula memihak kepada Hafiz Suib dan Misha Omar yang membawa lagu Terimaku Seadanya, hasil sentuhan sepenuhnya komposer terkenal, Ajai dan mereka menerima RM35,000 dan trofi AJL.
Projector Band pula memenangi tempat ketiga menerusi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan sepenuhnya anggota kumpulan tersebut, Razif dan mereka membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,000 serta trofi AJL.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM12,000 dan Trofi AJL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan