• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PELAKON DRAMA AIDIL AZIZ DIBEBASKAN NAMUN DALAM PENGAWASAN POLIS


    PENGURUS kepada Aidil Aziz, yang dikenali sebagai Kam mengesahkan pelakon tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 pada hari ini.

    Kam yang juga sepupu Aidil ketika dihubungi Astro Gempak menjelaskan, Aidil akan berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun.

    Di tanya mengenai perkembangan terkini Aidil, Kam memberitahu pelakon tersebut kini berada dalam keadaan sihat dan memerlukan masa untuk bersama keluarganya.

    “Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur kerana Aidil akhirnya dibebaskan. Keadaannya sekarang baik-baik sahaja cuma memerlukan masa untuk berehat bersama keluarga.

    “Pihak polis memaklumkan kepada kami, Aidil telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di dalam tahanan,” katanya.

    Terdahulu, Kam telah memuat naik foto terkini Aidil di laman sosial Instagramnya dan meluahkan rasa syukur sebaik sahaja aktor tersebut dibenarkan pulang ke rumah.

    September lalu, pelakon Lara Terindah itu telah ditahan untuk siasatan bersama dua orang lagi rakannya selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya.

    Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28, ditahan bersama Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, di sebuah kediaman di Jalan Ampang.

    Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

    1 ulasan:

    1. If you are a bodybuilder and are selecting a bodybuilding fitness center you will maximum probably need to pick a fitness center this is near your property and is dedicated to the sport of bodybuilding. http://musclegainfast.com/muscle-science/

      BalasPadam