• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AZHARINA DINOBAT JUARA GEGAR VAGANZA 2016


    Enam finalis Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang terdiri daripada Zarul, Azharina, Intan Sarafina, Ameng, Gmie dan Siti Sarah akan berentap di konsert akhir Gegar Vaganza 2016 untuk dinobatkan sebagai juara. 

    Final konsert Gegar Vaganza 2016 berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam pada hari Ahad 4 Disember 2016. 

    KEPUTUSAN DAN JUARA KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 2016 Pada konsert final Gegar Vaganza 2016, enam finalis membuat tugasan akhir dengan menyanyikan dua buah lagu secara medley dan lagu dalam pusingan “Battle” yang telah diberikan kepada mereka. 

    Berikut ialah senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh finalis Gegar Vaganza 2016 di konsert akhir.


    JUARA GEGAR VAGANZA 2016 (GV3) DAN KEPUTUSAN PENUH KEDUDUKAN PESERTA.


    Ikuti Video Penuh GV3



    KRONOLOGI ENAM PESERTA GV3 YANG BERJAYA KE PERINGKAT AKHIR

    Ameng Spring
    Kemunculan vokalis kumpulan Spring ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak. Selepas dibebaskan dari Penjara Kluang pada Jun lalu, Ameng kembali menunjukkan taringnya sebagai penghibur.

    Namun begitu, kesilapan Ameng yang acapkali terlupa lirik lagu serta prestasi turun naik membuatkan penonton tidak menjangkakan Ameng sebagai calon yang bakal meraih gelaran juara. Jika Ameng memberikan yang terbaik pada malam ini, mungkin dia bakal membawa pulang gelaran juara.

    Azharina
    Selepas sekian lama sunyi dan tidak muncul menyangi di kaca televisyen, Azharina kembali menonjolkan kebolehan. Memberikan persembahan yang menarik saban minggu, sarung mikrofon Azharina juga menjadi perhatian ramai pihak.

    Persembahan yang konsisten setiap minggu membuatkan nama penyanyi kelahiran Sabah ini sebagai nama kegemaran untuk mengungguli gelaran juara.

    Gmie Screen
    Gmie diklasifikasikan sebagai peserta underdog. Pada awalnya, kehadiran Gmie dilihat penonton sebagai pelengkap peserta namun peningkatan yang ditonjolkan Gmie sepanjang GV 3 membuktikan Gmie bukan sekadar penyanyi biasa.

    Diselamatkan oleh Datuk Seri Vida menggunakan kuasa imuniti pada konsert suku akhir, Gmie harus melakukan yang terbaik pada malam kemuncak GV 3 untuk menempatkan diri sebagai juara.

    Intan Sarafina
    Ibu anak tiga ini kembali ke pentas nyanyian selepas rehat yang panjang. Masih mengekalkan paras jelita, Intan dipuji kerana penampilannya yang menarik. Namun begitu, Intan sering dikritik kerana persembahannya yang dianggap kaku.

    Mengambil setiap kritikan sebagai sesuatu yang positif, Intan memperbaiki persembahannya setiap minggu. Turut dianggap peserta underdog, Intan dijangka akan membuat kejutan di malam kemuncak GV 3.

    Siti Sarah
    Sarah bermula dengan baik di pentas GV 3. Namun begitu, prestasi yang Sarah tonjolkan mempunyai turun naik. Masalah kesihatan menjadi penyebab Sarah tidak kekal di tangga teratas.

    Walau bagaimanapun, kebolehan penyanyi ini tidak boleh disangkal. Sarah juga berpeluang untuk merebut gelaran juara jika dia memberikan sepenuh tenaga terhadap persembahan malam ini.

    Zarul Umbrella
    Kehadiran Zarul disenangi ramai pihak kerana parasnya yang kacak. Tidak hanya bersandarkan pada rupa, Zarul turut membuktikan kemampuan vokal miliknya.

    Sama seperti Sarah, Zarul juga bermula dengan baik namun Zarul turut mengalami masalah kesihatan yang membuatkan prestasinya sedikit terganggu. Zarul masih mempunyai potensi untuk berada di kedudukan pertama sekiranya dia memberikan usaha 200 peratus pada malam kemuncak GV 3.

    1 ulasan:

    1. Then the FitOFat pills are an powerful herbal product which can boost up the pastime of tissue constructing at the same time as making you healthy and active for all day lengthy. ordinary intake of the herbal capsules 2 to a few instances with fruit juice, water can enhance the protein metabolism, muscular patience, digestive gadget drastically. The capability substances are 100% secure and herbal with out any side effects.For more ==== >>>>>> http://testoupmaxfacts.com/ultimate-testo-explosion/

      BalasPadam