
Apabila dilamun cinta, Tasha Shilla, 30, mengharapkan ikatan itu kekal hingga ke jenjang pelamin. Lantaran itu apabila hasratnya tidak kesampaian, pelakon cantik ini tidak mampu menyembunyikan rasa hiba dan hampa yang menyelubungi hati.
Bukan hanya kehancuran cinta membuatkan dia bagai tenggelam punca, tetapi pelbagai kontroversi menghimpit diri termasuk gambar bogelnya hangat bertebaran di alam maya menyebabkan langkahnya dalam bidang seni terhenti buat seketika.
Namun, itu tidak bermakna pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abd Razak ini mengalah dengan keadaan, tetapi sepanjang setahun menyepi adalah untuk meraih semula kekuatan diri dan merawat duka di hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan