• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    FATHIA DIMINATI LELAKI REMAJA BELASAN TAHUN?


    Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati, tetapi pelakon jelita Nur Fathia Latiff belum bertemu pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan hatinya ketika ini.

    Malah, dia juga nampaknya selesa memegang status solo selepas berpisah dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, 27, sejak Disember tahun lalu.

    Pada masa sama, Fathia seolah-olah memperlahankan aktiviti seni kerana ingin memberi ruang untuk diri sendiri dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarganya.

    Buat masa ini, kata Fathia, dia juga ingin fokus kepada mengukuhkan karier seni dan perniagaan yang diceburinya.

    “Saya tidak nafikan ramai lelaki yang ingin berkenalan tetapi semuanya tidak sesuai untuk dijadikan kekasih atau calon suami. Terus terang, rata-rata lelaki yang ingin berkenalan adalah remaja belasan tahun. Saya juga terkejut kerana ada remaja yang berani mendekati saya di tempat awam secara terang-terangan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan