
Selepas menikahi ahli perniagaan berjaya dari Timor Leste, Raul Lemos, lima tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, kehidupan Krisdayanti diselubungi kebahagiaan.
Meskipun pernah terpalit pelbagai spekulasi dan kontroversi, dua jiwa itu akhirnya bersatu sebagai suami isteri pada 20 Mac 2011 di Masjid Sahid Nurul Iman, Grand Sahid Hotel, Jakarta, Indonesia.
Fokus Krisdayanti atau mesra disapa KD, 41, kini lebih kepada dua anak kecilnya, Arianha Amora Lemos serta Kellen Alexander Lemos (Alex) memandangkan suami tercinta menguruskan peniagaan di Timor Leste.
Pasangan ini hanya dapat bertemu seminggu sekali. Justeru, sepanjang ketiadaan Raul, dialah yang menguruskan segala keperluan Amora dan Alex.
“Antara rutin harian saya adalah menghantar dan mengambil dari sekolah. Saya dedikasikan hidup saya untuk keluarga sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan