• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    HAZAMA TAK KISAH KALAU ALBUM TAK LAKU


    Pasaran album yang kurang sambutan sekarang ini tidak memberi halangan buat penyanyi Hazama tampil dengan album baru.

    Baginya, tiada istilah takut atau bimbang sebaliknya sebagai penyanyi dia perlu tampil dengan album penuh sebagai tanda penghargaan buat peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.

    Menurut Hazama, sebagai penyanyi dia tidak boleh takut tampil dengan album penuh kerana itu adalah pencapaian seseorang artis terhadap lagu yang mereka persembahkan.

    “Saya sudah tampil dengan single Amarah Mama dan ia pengenalan terhadap album baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Jika sebelum ini peminat sering melihat saya tampil dengan beberapa single, sudah sampai masanya untuk saya menghadiahkan mereka sebuah album penuh.

    “Saya yakin peminat pasti mengharapkan perkara itu daripada artis kesayangan mereka. Justeru, saya berharap dapat memberikan sesuatu yang istimewa buat peminat menerusi album ini,” katanya yang akan tampil sembilan lagu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan