• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ZARA ZYA TAK KISAH KALAU DIGELAR PRIMADONA BERSIRI


    Hampir 10 tahun terbabit dalam dunia lakonan, Zara Zya, 30, bertuah apabila dapat berganding dengan ramai hero popular mahupun baru.

    Bagaimanapun, gandingannya bersama Azlee Khairi dalam drama Love You Mr. Arrogant, Adi Putra (Zahira) dan Aaron Aziz (Tuan Anas Mikael) paling diingati penonton.

    Kegilaan penonton terhadap lakonan Zara bersama gandingannya menyebabkan dia digelar primadona untuk drama bersiri.

    Tidak kurang juga ada rakan pelakon cemburu kerana Zara berpeluang ‘bercinta’ dengan aktor kacak menjadi kegilaan ramai.

    Menyingkap peluang diperoleh dan kegilaan penonton dalam kebanyakan drama dibintangi, Zara mengucap syukur kerana peluang itu diperoleh selepas hampir bertahun-tahun berusaha menempatkan diri dalam industri seni tempatan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan