• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ANIS DAN `KAPTEN MUKRIZ` SEDANG SYOK DILAMUN CINTA?


    Adakala apabila terlalu berterus terang boleh mengundang pelbagai persepsi. Ada yang menyokong dan tidak kurang mengecam.

    Itulah yang dirasai Anis Al Idrus apabila tanpa berselindung mengaku dilamun cinta dengan pelakon baru yang meraih populariti menerusi drama Sayangku Kapten Mukriz, Raja Adib R Razali.

    Hati mana tidak tersentuh apabila dikatakan kerap bertukar teman lelaki. Bagaimanapun, dia tidak mahu menyalahkan atau berdendam dengan sesiapa kerana setiap yang berlaku hanya empunya diri saja tahu.

    “Tak perlulah saya dedahkan semua isi hati kepada orang luar. Wanita mana yang tidak mahu hidup bahagia bersama insan yang dicintai. Tetapi sejauh mana kita berusaha, akhirnya Allah SWT jua yang menentukan penghujungnya.

    “Jadi kepada yang tidak faham situasi sebenar dan melemparkan pelbagai tuduhan, saya tidak ambil hati asalkan apa yang saya lakukan itu betul. Tidak salah kita terus mencari kebahagiaan untuk diri sendiri,” katanya.

    Kini Anis bahagia menyulam cinta dengan Raja Adib dan peminat pun semakin dapat menerima perhubungan mereka.

    “Tidak dinafikan sebelum ini ada kurang senang dengan cara saya yang terlalu berterus terang tetapi saya perlu bersikap jujur.

    “Perit pada mulanya tetapi syukur sekarang semua kembali normal seperti biasa. Apatah lagi Adib sendiri bersikap terbuka dalam soal ini,” katanya.

    Mahu rakam single kedua

    Anis yang baru mencuba nasib dalam bidang nyanyian menerusi single pertama berjudul Mengapa kini rancak mempromosikan lagu itu.

    Malah dia bersyukur apabila buah tangan sulungnya itu disenaraikan dalam Carta Suria 30.

    “Mengapa sudah setahun dirakamkan tetapi penerimaannya agak lambat. Syukur sekarang lagu ini mula mendapat perhatian.

    “Saya pun asalnya bukan penyanyi. Pengurus saya, abang Nasir (Nasir Deraman) yang nampak bakat saya.

    “Atas dorongan Abang Nasir, saya beranikan diri merakamkan lagu ini. Apabila peminat suka, saya jadi bersemangat untuk tampil dengan single kedua.

    “Kali ini saya mahu mengetengahkan lagu rancak. Jiwa saya lebih kepada genre R&B tetapi tiada masalah untuk menyanyikan lagu pop rock dan balada,” katanya.

    Dalam pada sibuk merencana kerjaya seninya, Anis terbabit dalam nahas jalan raya baru-baru ini. Kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan balik menjayakan penggambaran klip video kumpulan Super Child di Bangi.

    “Mujur saya tidak apa-apa tetapi kereta ibu yang saya pandu rosak teruk di bahagian depan. Selepas sehari kemalangan, kedua-dua tangan saya sakit kerana menahan stering dengan kuat keetika kejadian itu.

    “Sebelum itu saya baru balik daripada penggambaran drama Tribute To P Ramlee di Pulau Pinang. Cuaca di sana sangat panas sampaikan kulit saya jadi agak gelap dan tekak sakit.

    “Ingatkan dapat berehat tetapi apabila kemalangan terpaksalah menguruskan pelbagai perkara termasuk membuat laporan polis,” katanya.

    Perkembangan lain, Anis yang turut aktif berniaga bakal mengeluarkan produk kecantikan sendiri bulan ini. Anak tunggal itu juga sudah ada dua butik dan bercadang menceburi perniagaan makanan serta minuman Nor Akmar Samudin.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan