• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    BELLA DALLY MAHU JADI IKON MUSLIMAH?


    Selepas dua tahun tampil dengan imej bertudung, pelakon Bella Dally mengakui dirinya semakin dikenali dan disayangi orang sekeliling.

    Berbanding awal kemunculan, nama Bella begitu susah untuk diterima sehingga ada yang menyangka dia adalah pelakon baru.

    Menganggap apa dilalui itu sebagai hikmah pemberian Allah, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally makin bersyukur dan berterima kasih dengan maklum balas peminat.

    Bella, 25, berkata, penerimaan peminat dan orang sekeliling terhadap dirinya menguatkan lagi semangatnya untuk berkarya selain mahu mendidik penonton ke arah kebaikan.

    Justeru, Bella mengambil pendekatan untuk mengelak daripada melakonkan babak romantis, mesra dan bersentuhan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan