
Pernah berasa sedih sehingga fobia hendak menyanyi, Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy berharap perkara itu tidak berulang lagi.
Malah, tercalon sekali lagi dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 yang bakal berlangsung pada 30 September ini, Lizzy melihat peluang itu secara positif seterusnya membakar semangatnya untuk terus mengukuhkan nama sebagai penyanyi.
“Saya bersyukur dicalonkan sekali lagi. Kali ini untuk tiga pencalonan iaitu kategori Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik dan Lagu Paling Popular APM.
“Ketiga-tiga pencalonan ini menerusi lagu Setia duet bersama Faizal Tahir. Saya anggap ini rezeki dan kerana Faizal, Setia terpilih.
“Tidak dinafikan kritikan yang saya terima sebelum ini buat rasa rendah diri sehingga takut hendak menyanyi depan khalayak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan