• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MENGAPA BAND AZLAN & THE TYPEWRITER TERUS MENYEPI?


    Sebenarnya tak salah untuk kita tidak terlalu menonjol sebab bukan kita sahaja yang nak menyanyi atau cari makan. Mungkin kehadiran orang lain juga perlu kerana itu adalah satu jalan untuk memberi warna dan 'menyegarkan’ sedikit suasana muzik dalam industri. Ini satu hal yang bagus. 

    Jadi saya buat keputusan untuk tidak terlalu berada di bawah cahaya publisiti. Ini juga sebahagian strategi. Kita kena ingat, satu hari nanti, kita tidak akan sentiasa berada dalam industri dan sebagai orang yang banyak di belakang tabir, saya rasa strategi itu perlu.

    Tak bimbang dengan perubahan muzik rock yang sedang berlaku sekarang ini?
    Macam saya pernah katakan, muzik berubah-ubah dan berputar mengikut arusnya. Sekarang ini mungkin arah muziknya lain tapi rock itu kekal relevan setiap masa. Cuma dia akan berada dalam satu revolusinya. Tak salah pun kerana revolusi itu perlu ada. Kalau tidak, tak ada warnalah rock itu sendiri.

    Bagaimana anda melihat kebangkitan band rock tanah air kini?
    Pendapat saya, pendatang baharu amat diperlukan sebab merekalah generasi pelapis kami. Apabila mereka wujud maka secara tak langsung orang akan ingat kewujudan kami (band sebelumnya). 

    Kalau mereka tak ada, itu yang perlu kita risau. Sebelum ini mungkin wujud kehadiran artis YouTube dan banyak isu mengenainya kerana dikatakan trend. 

    Jadi yang paling perlu berhati-hati adalah pihak yag ambil pengguna YouTube itu sebagai artis. Semua orang nak jadi penyanyi dan saya bukanlah nak menghentam tetapi kita kena fikir, muzik bukan sebab bisnes saja tetapi satu cara untuk mendidik masyarakat.

    Kalau kita mendidik orang dengan lagu yang tidak memberangsangkan otak, macam itulah jadinya nanti kepada generasi muda akan datang. Siapa kata muzik tidak boleh mendidik orang? 

    Sebab itulah bangsa asing hantar anak-anak kecil mereka belajar muzik kerana itu membantu merangsang minda.

    Tetapi tak semua pengamal muzik itu berfikiran seperti anda. Apa harapan anda sebenarnya?
    Kalau semua orang jadikan muzik sebagai satu bahan didikan, rasanya industri kita bukan sekadar muzik tetapi boleh menjana ekonomi yang lebih tinggi. Orang selalu anggap hiburan ini adalah hiburan semata-mata sedangkan ada potensi yang lain. Saya harap semua orang boleh berfikiran terbuka lagi.

    Jadi sebagai komposer hasil-hasil karya perlulah berkualiti?
    Saya tak adalah nak katakan yang saya ini sudah lama dalam industri tetapi mungkin saya ada sedikit pandangan. 

    Cuba jangan pandang industri muzik ini cuma sekadar bisnes sahaja tetapi tanamkan dalam diri yang ini juga satu medium untuk mendidik masyarakat. Ini yang berlaku, ramai yang pandang minat sahaja. Sebagai contoh terbaik, lihat Tam Spider. 

    Bagi saya dia bagus. Kalau semua orang ada mentaliti seperti dia, industri kita boleh jadi lebih besar. Sebab itulah kalau diperhatikan, ramai pejuang muzik kita sudah tidak berminat lagi untuk berjuang kerana tiadanya unsur relevan dalam industri.

    Bagaimana pandangan anda mengenai penyanyi rock yang cuba menjadi klon 'Azlan’?
    Itu bermaksud didikan yang sebelum ini menjadilah. Ada orang yang jadikan saya ikon, saya bukan nak berbangga diri tetapi itu bererti mesej dan didikan itu sampai. 

    Kalau nak komen, semua penyanyi sekarang bersuara tinggi itu bagus susah juga sebab saya sendiri pun secara jujurnya tak dengar lagu jerit-jerit. Tapi disebabkan arah muzik itu maka saya lakukan. 

    Cuma satu nasihat, kalau itu arah yang kita bawa, teruskan pada satu arah saja. Ramai orang tanya kepada saya macam mana nak jaga suara tinggi? Jangan tanya macam itu. Sebaliknya tanyalah macam mana nak menyanyi jerit-jerit tapi makcik-makcik pun boleh dengar. 

    Ini soal pasaran dan sepatutnya begitu. Muzik ini luas pengaruhnya dan sebab itulah wujudnya Azlan & Typewriter. Kalau tidak, rasanya makcik-makcik pun tak nak dengar.

    Anda setuju kalau dikatakan industri kita masih memerlukan lebih ramai penyanyi rock lelaki berkualiti?
    Cerita pasal kualiti, kita sebagai penyanyi, bukan kita yang letak label tu. Namun dalam setiap perjuangan mestilah kita nak kemenangan., Macam masuk AJL (Anugerah Juara Lagu) misalnya, itu satu penghargaan untuk pemuzik dan penyanyi. 

    Tetapi bukan kita yang nilai diri kita bagus, orang lain. Cuma maaf cakap, ramai pula artis hari ini yang masuk bakul angkat sendiri. Rasa diri sudah terlalu bagus terutama penyanyi yang belum pun rakam lagu. Tahu tak, itulah kunci yang akan membunuh diri mereka. 

    Saya sendiri melihat dan memantau persekitaran saya yang sememangnya berada dalam industri. Ada antaranya yang mempunyai elemen syok sendiri dan pada saya itu angkuh. Keangkuhan itu membunuh.

    SEJAK muzik genre rock progresif sudah semakin digilai ramai, juga secara tidak langsung memperlihatkan kehadiran banyak band baharu dengan vokalis bernada suara tinggi.
    Itu sebenarnya adalah satu petanda yang positif kerana muzik rock terus berevolusi dan tidak pernah mati.

    Namun awas buat penyanyi band-band baharu.
    Ini kerana menyanyi dengan vokal tinggi tidak semestinya satu tiket untuk anda dikenali sebagai penyanyi yang bagus.

    Terkenal dengan vokal padunya sebagai seorang penyanyi rock, vokalis kumpulan The Typewriter, Azlan punya pandangannya yang tersendiri apabila dilontar dengan pertanyaan mengapa sekarang ramai yang terlalu mencuba untuk menjadi klon 'Azlan’ apabila bersama-sama band.

    Kepada Pancaindera, Azlan yang baru sahaja hadir dengan single berjudul Secret Shadows dan Lebih Baik Sendiri ini berkongsi pandangan dan komen berhubung isu tersebut.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan