• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AYDA JEBAT BENGANG DI GELAR KAKI BODEK


    Kadangkala manusia ni tidak boleh tengok manusia lain senang. Ada saja cerita dan spekulasi timbul. Kalau benda baik tidak mengapalah, tapi kalau benda tak betul, tak pasal-pasal jatuh hukum fitnah!

    Ada seorang artis tempatan menjaja cerita dengan mendakwa Ayda Jebat sejenis kaki bodek.

    Ia gara-gara Ayda didakwa sering dilihat bersama-sama penerbit popular, Datuk Rafina. Tidak setakat keluar bersama, malah dia dikatakan sering naik kapal terbang menemani penerbit itu ke destinasi dalam dan luar negara.

    Ayda juga didakwa sering mengikut Datuk Rafina ke mesyuarat bersama stesen TV dan bebas bersuara melontarkan idea termasuk pilihan pelakon yang dimahukan.

    Biarpun pelbagai dakwaan dan gosip liar dilontarkan kepada Ayda, dia tetap rileks dan menjelaskan hubungannya dan Datuk Rafina ibarat hubungan kakak adik.

    Malah Ayda sebenarnya berhubung baik dengan semua pihak dalam industri sebab dia sangat menghargai kerjaya seni ini jangka masa panjang.

    Andai tidak dijaga hubungan baik dengan semua pihak, sama ada antara pelakon, pengarah mahupun produser, rasanya tempoh hayat dalam industri pun tak panjang..kata Ayda Jebat sambil tersenyum.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan