• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AKIM DAN STACY SUDAH BERGELAR SUAMI ISTERI


    PENYANYI Akim Ahmad dan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, sah bergelar suami isteri, dengan dua kali lafaz pada Jumaat sekitar jam 10 pagi.

    Memetik laporan Astro Gempak, majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel ShangRila, Tanjung Ari, Kota Kinabalu.

    Majlis pernikahan pasangan selebriti itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak.

    Alhamdulillah dgn dua kali lafaz, Stacy & Akim sah menjadi suami isteri #LIVEUPDATE #AkimStacyWedding

    Difahamkan, pihak lelaki telah memberi mas kahwin sebanyak RM300 berserta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan, manakala sebelah perempuan membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

    Di media sosial pula, rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah mereka kepada pasangan tersebut.

    Majlis persandingan mereka akan berlangsung pada malam ini di lokasi sama.
    Majlis bersanding di sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat.

    Akim dan Stacy bertunang pada 26 September tahun lalu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan