• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SITI DAN DATO` K REDHA BELUM ADA REZKI TIMANG CAHAYA MATA..


    Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membuat kenyataan terbuka mengenai kehamilannya sekaligus memberikan bayangan mengenai status terkini kandungannya itu.

    Selepas 9 tahun membina mahligai bersama Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa, peminat dunia hiburan menerima khabar gembira mengenai kehamilan penyanyi nombor satu negara itu awal November lalu.

    Biarpun tiada pengesahan daripada mulut Siti sendiri, namun beberapa akhbar dan portal media melaporkan pengakuan sumber-sumber terdekat dengan Siti untuk mengesahkan berita tersebut.

    Namun hari ini semua spekulasi terjawab apabila penyanyi kesayangan ramai itu melakar satu status bergambar menerusi laman sosial Instagram @ctdk miliknya sekaligus menjawab setiap persoalan yang berlegar-legar di fikiran peminatnya selama ini.

    Dalam status yang dimuat naik sekitar pukul 10 pagi tadi, Siti berkata dia redha dengan apa yang berlaku dan tetap bersyukur dengan anugerah yang dipinjamkan sementara buatnya.

    "Ternyata Allah SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja. Hanya sempat selama dua bulan saya kandungkan dan Khamis minggu lepas saya keguguran. Saya redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan saya jawapan di atas setiap doa. InsyaAllah ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," nukil penyanyi itu di akaun Instagramnya.

    Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu turut teguh dengan pendiriannya selama ini tentang mengapa beliau mendiamkan diri ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan.

    "Ada sebabnya Siti enggan mengiyakan atau menafikan berita kehamilan tersebut. Usia kandungan pada waktu itu masih terlalu "fragile". Saya hanya menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan berita gembira itu, namun takdir Allah telah tertulis," ujarnya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan