• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AKIM DAN STACY KAHWIN FEB TAHUN DEPAN


    Vokalis kumpulan Akim and The Majistret, Akim Ahmad bakal menamatkan zaman bujang dengan tunang­nya yang juga penyanyi ter­kenal, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, pada Februari tahun depan.

    Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, majlis tersebut akan berlangsung di kediaman Stacy di Sabah dan keputusan tersebut dibuat selepas melakukan perbincangan oleh kedua-dua belah keluarga.

    Saya ingin mengadakan majlis lebih awal, namun disebabkan ke­sibukan jadual kerja, kami memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan Februari kerana itu waktu yang sesuai.

    “Bagaimanapun tarikh tepat, masih belum ditentukan kerana segalanya masih dalam perancangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Akim memberitahu, dia dan Stacy menyerahkan perkara tersebut kepada keluarga masing-masing untuk menguruskannya berikutan kesibukan de­ngan aktiviti seni.

    Stacy yang memeluk agama Islam di pejabat Jabatan Agama Islam Johor, Johor Bahru pada 24 Ogos lalu dilaporkan mula mengenali Akim sejak lima tahun lalu.

    Pasangan itu kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 26 Se­ptember lepas dalam sebuah majlis tertutup yang hanya diha­diri ahli keluarga terdekat.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan