• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    REZEKI 'BABY SHOWER' FOUZIAH GOUS


    BERKONGSI persiapan dalam menyambut orang baharu tidak lama lagi, aktres jelita, Fouziah Gous,32, berkata, segala persiapan sudah dilakukan sedikit demi sedikit dan barangan khas untuk dibawa ke hospital sudah pun disiapkan lebih awal.

    Katanya, dia juga merancang untuk membuat majlis doa selamat dalam masa terdekat.

    "Saya dan suami memang merancang untuk membuat doa selamat sahaja. Tetapi rezeki datang saat akhir apabila ada pihak yang menghubungi saya untuk menaja majlis 'baby shower' dan kita masih lagi dalam perbincangan mengenai perkara itu.

    "Kalau saya bersetuju pun tidaklah terlalu ikut dengan cara sana dan ia mungkin majlis ringkas selepas majlis doa selamat nanti," katanya yang mahu merahsiakan jantina anaknya sehingga ia selamat dilahirkan kelak.

    Isteri kepada Zafran Yusof ini juga mengakui masih lagi aktif dengan tugasnya sebagai pengacara Nona, biarpun kini sarat mengandung. Menurut Fouziah, dia kini hanya perlu melangsaikan baki tiga lagi episod untuk melengkapkan kontraknya bersama Nona selama setahun.

    Alhamdulillah saya kini tinggal lagi tiga episod untuk menghabiskan rancangan Nona untuk tahun ini. Bahkan hari ini (Khamis), saya baru sahaja selesai menjalani untuk sebuah lagi episod.

    "Walaupun usia kandungan sudah hampir mencecah sembilan bulan, tapi saya rasa tak terbeban atau sarat. Bahkan saya masih lagi boleh memakai kasut tumit tinggi. Saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik," katanya kepada Zass.

    Fouziah berkata, selepas dia bersalin kelak, akan ada pengacara baharu yang menggantikan tempat dan apa status dirinya selepas itu akan diketahui dalam satu sidang media khas tidak lama lagi.

    "Kalau ikutkan memang saya menandatangani kontrak sehingga Disember. Jadi apa status selanjutnya, akan diberitahu dalam sidang media kelak," jelasnya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan