• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    KONTROVERSI TUDUNG NORA DANISH


    SEJAK kebelakangan ini, bagaikan menjadi satu trend apabila selebriti menceburi bidang perniagaan dan melancarkan koleksi pakaian serta tudung dengan jenama sendiri.

    Terbaharu, aktres cantik, Nora Danish telah melancarkan koleksi pakaian Muslimah dengan jenama Owl By ND, baru-baru ini.  

    Turut sama mahu mengeluarkan koleksi tudungnya sendiri, Nora bagaimanapun dikecam hebat di laman sosial dek rekaan tudung yang dipakainya pada malam pelancaran tersebut dikatakan menyerupai rahib gereja.

    Malah beberapa perkara pada malam pelancaran tersebut turut menjadi pertikaian para haters.

    Bagaimanapun Nora yang dihubungi Zass menerusi aplikasi WhatsApp enggan memberi sebarang komen berkaitan kecaman daripada pengikut di laman sosialnya.

    Turut ditanya adakah dia akan bertudung penuh selepas ini, Nora hanya memberi jawapan ringkas: "Insya-ALLAH."

    Bercerita mengenai produk pakaian Muslimahnya, Nora memberitahu dia tidak akan membuka butik, sebaliknya menjual secara atas talian (online) sahaja.

    “Saya berharap agar dapat memberi inspirasi kepada ramai orang berpakaian Muslimah dan saya juga mahu berubah. Doakan saya,” jelasnya.  

    Dalam pada itu, pada malam pelancaran tersebut, Nora menerusi temu bual bersama media memaklumkan dia berhasrat untuk berhenti berlakon dan memberi fokus kepada perniagaan.

    Katanya, dua perniagaan yang disukainya adalah restoran kerana keluarganya mempunyai restoran dan satu lagi adalah perniagaan pakaian.    

    "Saya akan tamat kontrak bersama MIG (Metrowealth) tidak lama lagi dan tidak terfikir untuk menyambung kontrak," katanya. Bagaimanapun ini tidak bermakna saya meletakkan noktah dalam karier lakonan.

    "Sekiranya ada tawaran yang bersesuaian dengan masa dan skrip yang menarik, saya sedia untuk mempertimbangkannya.

    "Apatah lagi, tiga lagi filem saya menanti giliran untuk ditayangkan di pawagam," katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan