• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    KAMAL ADLI TAK PUAS HATI DENGAN ANAK YUSOF HASLAM?


    BELUM pun memulakan penggambarannya, namun filem Abang Long Fadil 2 sudah di hinggap kontroversi apabila pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kesal tersingkir daripada pembikinan sekuel filem tersebut.

    Apatah lagi, penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam memberi penjelasan bahawa pengguguran Kamal dibuat bagi mengelakkan rasa kurang selesa yang wujud antara Kamal dan pelakon utama Abang Long Fadil, Zizan Razak.

    Bagaimanapun pengarah yang juga penulis skrip Abang Long Fadil menjelaskan hanya Zizan Razak yang kekal dalam sekuel filem itu sebagai watak utama.

    Jelasnya demi mencari kelainan, dia menampilkan perjalanan hidup Abang Long Fadil yang baharu dan tidak lagi melibatkan para pelakon dalam filem sebelumnya.

    "Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah salah faham kerana saya sudah menulis skrip dan jalan cerita yang baharu serta tidak melibatkan pelakon dari filem pertama.

    "Manakala Syamsul pula muncul dengan watak baharu kerana kalau ikutkan watak Shark sudah ditamatkan dalam KL Gangster.

    "Jadi tidak ada isu Kamal digugurkan kerana tidak ada pelakon lama yang tampil dalam sekuel Abang Long Fadil," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran sekuel filem berkenaan di Restoran Haslam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Filem kerjasama pertama Skop Productions dan Astro Shaw ini bakal menelan belanja sebanyak RM 3.2 juta. Sudah memulakan penggambaran sejak 15 November lalu di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Selain Zizan, filem ini turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Datuk AC Mizal, Tania Hudson, Achey, Shuib Sepahtu, A Galak, Wak Doyok dan Syamsul Yusof.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan