• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MANA MAWI?


    TIDAK seperti Stacy, Hafiz atau Adira, nama Mawi semakin senyap walaupun masing-masing adalah juara program Akademi Fantasia.

    Disebabkan ‘kesepian’ itu, ada yang beranggapan bahawa populariti Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi sudah sampai ke penghujungnya, namun kenyataan itu bakal disangkal kerana sekali lagi auranya bakal menyerlah.

    Meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha, Lagu Jiwa Lagu Cinta, itu tidak muncul dengan album studio, namun Mawi adalah di antara penyanyi yang sering diundang untuk menjadi teman duet kepada penyanyi lain.

    Tidak dinafikan lagu-lagu duet yang membabitkan Mawi sering mendapat sambutan. Antara lagu yang pernah dinyanyikan Mawi secara duet ialah Al Haq Yang Satu, Al Nuraa...Yang 5...Yang 6, duet bersama Hazama dan Daly Ahli Fiqir.

    Kini sekali lagi Mawi bekerjsama dengan Daly Filsut untuk lagu Sahabat Dalam Tubuh yang merupakan hasil ciptaan mereka bersama.

    “Alhamdulillah, walaupun saya tidak berkesempatan menghasilkan album solo, namun saya masih diberi peluang untuk menghasilkan single bersama rakan-rakan artis lain. Bagi saya, jika pelawaan itu mampu membantu perjalanan seni, kenapa mesti saya tolak.

    “Lagipun kebanyakan lagu yang ditawarkan kepada saya untuk berduet, menepati cita rasa saya iaitu lagu-lagu ke arah ketuhanan. Saya selesa mendendangkan lagu-lagu sebegini kerana selain berhibur, setiap bait-baitnya juga mengandungi nasihat,” katanya.

    Sementaran itu, Fadali Mohd. Darif atau lebih dikenali sebagai Daly merupakan salah seorang ahli kumpulan hip-hop terkenal tanah air, Ahli Fiqir. Masih mengekalkan imej Ahli Fiqir, tapi kini lebih selesa dengan membawa nama Filsuf yang juga memberi maksud ahli fikir dalam perkataan Arab.

    Kehebatan kumpulan Ahli Fikir ini tidak dapat disangkal lagi apabila mereka diangkat sebagai pemenang Artis Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006.

    Bagi mempromosi lagu Sahabat Dalam Tubuh, sebuah muzik video telah diterbitkan. Muzik video yang berdurasi 5.01 minit itu dirakamkan di negara yang ratanya dihuni oleh penduduk beragama Islam iaitu Jordan dan Palestin.

    Istimewanya untuk single kali ini, kelainan yang dibawa oleh Mawi dengan mempamerkan bakat terpendamnya dalam bidang ‘rapping’. Ini merupakan kolaborasi kedua mereka selepas single bersama bertajuk ‘Al’Nuraa’.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan