• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    ALHAMDULILLAH..DULU ROCK KAPAK, KINI WARAK..


    ARTIS rock kapak popular, Bandi Amuk dan Ali XPDC mendapat perhatian selepas beberapa perkongsian pelayar di Facebook menyatakan mereka kini berdakwah dan mendalami ilmu agama.

    "Bila mana rockers pun sudah keluar di jalan ALLAH..Tahniah Bandi Amuk dan Ismail!," kata sebuah perkongsian berserta foto Bandi dan Ali.

    Menurut Bandi, beliau memberbaiki kekurangan diri dengan mengikuti kelas tazkirah dan belajar mengaji al-Quran.

    “Saya dapat memperbaiki bacaan al-Quran dan ia sesuatu yang sangat bagus. Saya dapat banyak ilmu dan boleh berkongsi dengan orang lain untuk manfaat bersama," kata Bandi.

    Bandi juga masih membuat persembahan kerana ia adalah punca pendapatannya.

    “Saya akan terus menyanyi kerana itu punca pendapatan saya dan akan kekal bertopeng ketika persembahan,” katanya.

    Perubahan rockers tersebut mendapat respon positif dan galakan dari pelayar dan peminat-peminat di Facebook.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan