• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AARON AZIZ LEBIH GEMAR WATAK ROMANTIS


    Gandingan dua bintang ini pastinya menimbulkan tanda tanya. Kedua-duanya tiada kaitan membabitkan hati dan pe­rasaan. Cuma apa yang menarik untuk diperkatakan, Aaron Aziz, 39, dan Zara Zya, 30, sekali lagi menjadi pilihan sebagai pasangan di kaca televisyen.

    Kali pertama menerusi drama bersiri online Dan Calonnya Adalah 2, kini mereka bakal muncul menerusi drama 16 episod berjudul Tuan Anas Mikael di saluran Astro Ria.

    Selaku anak seni yang masih meletakkan sepenuh kecintaan terhadap bidang lakonan memberikan kestabilan hidup kepada mereka.

    Tidak hairan jika Aaron dan Zara sudah memiliki profil kerjaya yang cukup sebagai bekal untuk terus merajai jiwa peminat tegar masing-masing.

    Kehebatan Aaron menterjemahkan watak di layar perak mahupun kaca televisyen tidak perlu disangkal. Begitu juga dengan Zara, kemunculan kali pertama di slot Akasia dua tahun lalu menerusi drama fenomena Love You Mr Arrogant memberi tuah berganda untuknya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan