• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    JEP SEPAHTU TAK SABAR NAK KAHWIN?


    Tidak mahu dia menipu diri, melihat kebahagiaan orang terdetik juga rasa di hati. Bagaimanapun ini bukan sebab untuk Jep Sepahtu menerbitkan rasa dengki dengan rakannya yang lain. 

    Baginya setiap orang dikurniakan dengan rezeki yang berbeza, mungkin kala ini jodohnya dengan sang kekasih belum sampai, namun Jep tidak pernah lupa untuk berusaha ke arah itu. 

    Bahagia dengan cara tersendiri, kata pelawak yang memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular, di Anugerah Lawak Warna untuk kali ketiga berturut-turut ada misi yang perlu diteruskan dia sebagai anak dahulu buat masa ini.

    Memang saya sedang dalam hubungan dengan Nazeera Sardi, malah kami sudah berkenalan sejak enam tahun lalu. Namun soal jodoh saya tidak boleh cakap lebih, cuma bab komitmen memang saya sudah beri yang terbaik untuk hubungan ini.

    “Namun harus saya akui ketika ini saya sudah menemui seorang yang terbaik buat diri saya,” katanya jujur.

    Tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang lagi, sebagai lelaki dia sentiasa berfikiran positif. Katanya ketika ini juga kekasihnya mahu melanjutkan pengajian dahulu.

    Ada kawan pernah cakap pada saya jangan lepas umur 35 tahun, tetapi saya lihat semua benda juga sebagai sesuatu yang positif. Mengenali saya memang bukan jenis yang suka memaksa, apa juga yang sudah diaturkan pada masa hadapan saya terima.

    “Kita tidak boleh paksa orang, sebabnya dia juga ada benda yang perlu dia kejar dahulu. Dia (Nazeera) akan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pula, jadi sukar untuk saya bercakap soal bila mahu kahwin ini,” katanya tenang.

    Melihat kebahagiaan perkahwinan rakan-rakan lain, jelas Jep ada juga timbul perasaan keinginan untuk berkeluarga.

    Bagaimanapun tiada yang lebih lega untuk memberitahu hubungan itu sudah diterima keluarga kedua-dua belah pihak.

    Tipulah saya mahu beritahu tidak terasa kalau makan seorang, walhal tengok orang lain makan dengan keluarga. Tetapi saya percaya dengan rezeki setiap hamba-Nya, dan cukup bersyukur dengan apa yang saya ada kini.

    “Soal hubungan pula apa yang boleh saya kongsi kini semuanya sedang berlangsung dalam keadaan yang cukup baik malah kedua belah juga sudah memberi restu hubungan ini,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan