• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    SYATILLA ELAK BABAK ROMANTIK YANG KETERLALUAN


    Pelakon tinggi lampai ini bukan saja berbakat, malah punya cita-cita tinggi dalam bidang diceburi. Tempoh tiga tahun bergelar pelakon mengajar dia erti kehidupan sebagai anak seni. Setiap saat dilalui dijadikan pengalaman sebagai bekalan agar tidak berulang.


    Sebelum ini, ‘perang’ di Twitter bersama pelakon Fazura mengenai hubungannya dengan kekasih, pelakon popular Shaheizy Sam dan dikatakan berimej terlalu seksi banyak mendewasakannya.

    Cukup sekali dan tidak mahu terluka lagi.Tidak menyesal dengan pilihannya, Syatilla Melvin, 24, puas kerana setiap kemahuan berjaya dirai. Biarpun tidak sehebat nama lain, memadai buatnya kehidupan yang menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan.

    Simbolik kepada perasaan dilalui kini, Syatilla atau mesra dipanggil Tila tampil dengan imej terbaru berambut pendek.

    Menurutnya, imej lama dibiarkan berlalu de­ngan membawa kisah pilu.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan