• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    MAMAT EXIST BAKAL DI PENJARA


    Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat yang sedang menjalani hukuman penjara lapan bulan di Penjara Bentong kerana mengambil dadah jenis syabu didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas kesalahan sama di daerah ini, Mac lalu.


    Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu selepas Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 37, mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Mahkamah turut memerintahkan penyanyi berusia 37 tahun itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

    Mahkamah juga mengarahkan penyanyi itu diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
    Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, jam 11 malam, 26 Mac lalu.

    Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau maksimum RM5,000 atau kedua-duanya dan pengawasan polis maksimum tiga tahun.

    Terdahulu, peguam Fadlyzil Ikram Kamaruddin yang mewakili Mamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang menjimatkan masa dan kos mahkamah.

    “Anak guam saya memberikan kerjasama sepanjang siasatan polis dan insaf kesalahan dilakukannya,” katanya.

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon hukuman literal kerana tertuduh adalah selebriti dan sebarang hukuman diberikan bakal memberi pengajaran kepada dirinya, selain impak besar kepada orang awam.

    Pada 1 April lalu, Mamat didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Raub selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah syabu ke dalam badan, dua tahun lalu.

    Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusof ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan penyanyi itu dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda selain diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan