
Awal kemunculan, kehadirannya seakan-akan dipandang sebelah mata. Nekad membuktikan kemampuan diri, Zara Zya, 30, bertahan dan terus mengintai peluang yang ada.
Apabila drama Love You Mr Arrogant ditayangkan di TV3, ramai mula mencarinya. Sekelip mata dia meraih populariti hingga menjadi buruan ramai penerbit serta pengarah.
Pun begitu, ‘kehangatan’ itu bertahan seketika cuma. Apabila drama berkenaan melabuhkan tirai, namanya kembali sepi.
Tidak menafikan perkara itu, Zara mengakui dia punya strategi dalam merencana karier.
“Saya tidak memilih dilambung terlalu tinggi. Saya menerima tawaran menjayakan Love You Mr Arrogant kerana mahu membuktikan kemampuan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan