• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    LUFYA AF6 NEKAD LUPAKAN BIDANG SENI NYANYIAN


    Selepas berhijab sepenuhnya, Lufya nekad dengan keputusannya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia nyanyian.

    Bintang Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang kini aktif sebagai pelakon dan penyanyi, mula berhijab Februari lalu.

    Tegasnya, dia membuat keputusan itu kerana atas tuntutan dan ia tiada kena mengena dengan kekasih atau mana-mana lelaki.

    Katanya, keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian adalah muktamad dan dia tidak akan menariknya semula.

    “Sebelum ini saya pernah membuat kenyataan mahu meninggalkan bidang nyanyian dan saya tidak akan menariknya kembali.

    “Apabila bertudung, saya mahu berusaha menjadi Muslimah yang baik. Saya rasa tidak perlulah saya menjelaskan mengapa saya membuat keputusan meninggalkan dunia nyanyian. Saya juga tidak mahu komen panjang mengenainya,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan