• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AKHIRNYA AYDA JEBAT MILIKI SINGLE PERTAMANYA


    Ayda Jebat akhirnya mampu menarik nafas lega apabila single pertama berjudul Siapa Diri Ku bakal diperdengarkan kepada umum tidak lama lagi.


    Meskipun perlu menunggu hampir empat tahun selepas keluar daripada program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini tidak terkilan.

    Bukan senang mencari lagu yang kena dengan jiwa dan suara. Walaupun ambil masa lama, saya berpuas hati dengan hasilnya.

    Saya yakin single ini mampu menarik minat pendengar kerana melodinya ‘catchy’.“Insya-Allah, jika percubaan ini berjaya, saya akan rakam lagu balada pula,” katanya.

    Jelas Ayda, Siapa Diri Ku mengisahkan realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di laman sosial.

    Mendapat sentuhan komposer Omar K dan liriknya ditulis Ayda sendiri, single berkenaan turut terpilih sebagai lagu tema drama bersiri M.A.I.D yang kini hangat bersiaran di saluran Astro Ria.

    Bukan semua lagu keluar radio. Apabila terpilih menjadi lagu tema drama lakonan sendiri, ia satu peluang yang bagus.

    Betul kata orang, lebih puas apabila menyanyikan lagu sendiri. Berbeza jika kita menyanyikan lagu orang lain, perasaannya tidak sama.

    Selepas ini bolehlah saya menyanyikan lagu sendiri ketika menjayakan persembahan,” katanya yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Paranormal Talent.


    Bangga ‘tagline’ jadi ikutan
    Sebelum ini pernah timbul cerita ‘hashtag’ yang digunakan Ayda di laman Instagram iaitu #muahciked kurang disenangi individu tertentu.

    Pun begitu, sehingga kini seramai 135,000 pengguna sudah menggunakan ‘hashtag’ terbabit.

    Pada mulanya ia sekadar ‘tagline’ yang diletakkan pada setiap status yang dimuat naik. Tak sangka pula ia jadi ikutan.

    “Apabila semakin ramai menggunakan ‘hashtag’ ini, saya rasa bangga. Mungkin apabila disebut ia kede­ngaran agak comel, jadi orang suka,” katanya.

    Ayda tidak terkesan apabila dikritik bersifat keanak-anakan hingga merimaskan orang sekeliling oleh individu terbabit kerana dia bangga menjadi diri sendiri.

    Biarlah dikata mengada-ngada atau gedik, yang penting saya tak kacau hidup orang. Kalau Datuk AC Mizal ada ‘tagline’ Peace Yo!, saya pula ada #muahciked.

    “Saya suka apabila setiap apa yang saya lakukan jadi sebutan peminat. Hubungan kami baik dan saya tidak pernah bosan melayan mereka. Tanpa mereka, siapalah saya,” katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan