• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    PANAS DIANTARA RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN


    MASALAH antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan nampaknya masih belum berkesudahan. Semenjak bercerai pada 5 September 2013, ada sahaja isu membabitkan Rita dan Aidil sehingga beberapa isu antara mereka di peringkat mahkamah belum diselesaikan. Ini termasuklah tuntutan mutaah berjumlah RM300,000 yang dibuat oleh Rita terhadap Aidil.


    Sepanjang tempoh itu juga, sudah banyak kali Rita meluahkan perasaannya dalam menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal yang dianggap bukan sesuatu yang mudah.

    Dugaan demi dugaan dihadapi pelakon wanita popular berusia 39 tahun ini, tetapi dia tetap cekal tanpa mahu rebah demi kebahagiaan bersama dua cinta hatinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, yang berusia empat tahun.

    Sudah berkorban demi anak-anak yang secara ringkasnya, kehidupan dia kini hanya ditumpu buat mereka. Apa sahaja yang dilakukan wanita ini pasti berhubung rapat dengan hak dua anaknya itu.

    Baru-baru ini, Rita sekali lagi diuji apabila dihubungi orang berulang kali pada waktu malam sehingga dia merasa tidak selesa.

    Mungkin merasa marah, Rita telah bertindak memuat naik paparan skrin yang tertera nombor misteri berkenaan di laman Instagram miliknya.

    Berikutan tindakan Rita itu, Aidil telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru pada 21 Mei lalu dengan alasan Rita telah mendedahkan nombor milik isterinya, Zareema Zainal.

    Baru-baru ni kami sempat menghubungi Rita dan Aidil berhubung perkara berkenaan. Ikuti temubual tersebut.

    Soalan - Paparan skrin yang dimuat naik telah mendapat reaksi daripada Aidil sehingga dia membuat laporan polis. Apa komen?

    RITA: Baguslah, Tuhan dah tunjuk siapa yang sering mengganggu saya. Sudah-sudahlah menzalimi kami. Kenapa hendak mengintip saya pula? Saya tidak akan merampas suami siapa-siapa. Lagipun, saya juga tidak berhasrat untuk berkahwin lagi dan sanggup tua bersama anak-anak.

    Berapa kali nombor tersebut mengganggu Rita?
    Mula-mula dia hubungi saya menerusi panggilan biasa tetapi saya tidak melayan disebabkan tidak mengenali pemilik nombor berkenaan. Mungkin dia (pemanggil misteri) tidak berpuas hati. Dia menghubungi pula saya menerusi aplikasi Whatsapp sehingga beberapa kali. Dalam 30 panggilan juga dibuat. Bayangkanlah...

    Sangka tak siapa pemilik nombor misteri itu?
    Pada awalnya, saya tidak tahu pun siapa. Tertanya-tanya juga. Kenapa perlu ganggu malam-malam buta? Sebab itu saya dedahkan di laman sosial. Dalam Instagram pun, saya tidak dedahkan nama pemilik itu. Sebab itulah saya jadi terkejut apabila Aidil membuat laporan polis dan mendakwa itu nombor isterinya. Mereka sendiri yang mengaku. Kebenaran sudah terbukti sekarang. Allah itu adil.
    Tetapi tindakan Rita mendedahkan nombor telefon sebenarnya sudah memalukan pihak sana.

    Memang tujuan untuk memalukan mereka atau macam mana?
    Tak lah. Saya hanya mahu cerita masalah saya kepada sahabat-sahabat laman sosial. Tapi saya pelik juga, Aidil ada nombor saya. Kenapa tidak menghubungi menggunakan nombor sendiri? Saya lantang sebab benar. Saya tidak akan bercakap bohong selagi benda itu betul. Itu diri saya. Sakit macam mana pun, saya akan berkata benar, tidak menambah atau menipu orang lain. Saya rimas bila nombor tidak dikenali asyik mengganggu. Saya ada banyak kerja yang dibuat. Balik kerja dan penat. Saya ada anak kecil yang perlu diberi perhatian, tolonglah faham. Tolong jangan ganggu hidup kami lagi.

    Aidil mengaku yang dia ada menghubungi Rita menggunakan nombor telefon isterinya atas tujuan ingin menjemput anak-anak ke majlis cukur jambul anak baharunya. Apa pula kata Rita?
    Oh? Iya ke? Kalau hendak menjemput kan boleh menghantar mesej. Tidak perlulah hubungi banyak kali kalau tidak diangkat. Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Cukup-cukuplah hendak ‘cover’ tindakan isterinya itu.Aidil tidak lupa tanggungjawab.

    Membuat laporan polis terhadap bekas isteri, apa tujuan laporan itu?
    Saya mengaku nombor yang tertera di dalam laman Instagram Rita milik isteri saya. Ya, saya buat laporan polis kerana Rita telah bertindak mendedahkan nombor telefon milik isteri saya kepada umum sehingga ramai yang menghubungi kami. Ini telah membuatkan saya takut soal keselamatan isteri dan anak.

    Pelik, kenapa menggunakan nombor isteri menghubungi Rita?
    Saya sudah lama tidak dapat bercakap dengan anak-anak. Saya membuat panggilan menggunakan nombor isteri kerana nombor saya tidak dapat menghubungi Rita kerana nombor saya telah disekat. Mengapa dia nak menipu mengatakan nombor Zarema itu kerap menghubunginya? Saya tidak faham apa tujuan dia berbuat demikian? Tujuan saya hanya satu, nak jemput anak-anak ke majlis cukur jambul anak baharu saya.

    Rita mendakwa dirinya diganggu dan tidak ada privacy kerana sering dihubungi oleh isteri Aidil. Komen?
    Malam itu, saya cuma menghubunginya sekali sahaja. Saya rasa tidak pernah mengganggunya. Malah, isteri saya pun tidak ada menghubunginya. Tidak ada guna isteri saya mahu mencarinya tanpa ada sebab.

    Sudah lama tidak menghubungi anak, awak lupakan tanggungjawab?
    Tidak! Saya sudah banyak kali menghubungi anak. Setiap kali menelefon, pasti tidak berjawab. Saya hanya menghubungi Rita kerana hal anak-anak. Kali terakhir saya hubungi bila mahu berjumpa anak kedua semasa hari jadinya. Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita untuk bertemu anak-anak. Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah. Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri.

    Komen tentang kenyataan Rita yang masih tidak memaafkan awak.
    Biarlah. Itu terpulang kepadanya. Saya memang sudah puas dihentam peminat-peminat Rita. Tapi, saya bersabar. Saya juga sudah memandang ke depan bersama kehidupan baharu saya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan