
Jun ini, genap enam tahun pemergian The King of Pop, Michael Jackson. Sebagai mengenang kembali penghibur terkenal dengan lagu Billie Jean itu yang juga ikon fesyen, Moda ingin bercerita mengenai salah satu jenama kasut yang kegemaran mendiang iaitu Florsheim.
Diasaskan pada 1892 oleh Milton S Florsheim, perusahaan jenama itu berpangkalan di Chicago dan melalui pelbagai fasa jatuh, bangun sebelum akhirnya diperakui sebagai jenama sepatu terkemuka dunia.
Berbalik pada cerita Michael dan sepatu Florsheim, The King of Pop itu akan memakai kasut jenama itu ketika menari. Di mana mendiang akan memakai model kasut Como dan Como Imperial yang bertumit dan diperbuat daripada kulit yang ditampal bersama jalur elastik putih.
Sementara bahagian bawah kasut sebelah kiri ditandatangani pada penanda hitam ‘Love Michael Jackson.’ Salah satu persembahan mendiang beraksi hebat dengan sepatu buatan tangan Florsheim, saat melaksanakan persembahan pertama di MTV Video Music Awards (1995) di New York City, sekali lagi pada 1999 pada persembahan Michael dan rakan-rakan bertujuan mengumpul Dana Kanak-Kanak Nelson Mandela dan Palang Merah di Seoul, Korea Selatan dan akhirnya di Munich, Jerman.
Selain Michael, aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt, penyanyi Hip Hop Ne-Yo dan Bruno Mars antara peminat tegar Florsheim.
Bukan rekaannya saja yang memikat, sebaliknya keselesaan Florsheim menerusi setiap tiga range koleksinya iaitu Comfortech yang menyaksikan inovatif rekaan dan terkini, Imperial (klasik) dan Limited (buatan tangan), antara faktor utama kesetiaan pelanggan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan