• JOM GOSIP JOM VIRAL DUNIA GLAMOUR

    AMY SEARCH BERGADUH DENGAN AHLI KUMPULANNYA?


    Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, 57, enggan mengulas isu berkenaan laporan polis dibuat pemain dram kumpulan itu, Yazit Ahmad terhadap isterinya Norhasniza Hassan atau Norish.

    Menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Wangsa Maju petang semalam, Yazit mendakwa Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan wang untuk pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Ogos nanti.

    "Nanti dulu kerana saya tidak boleh mengulas apa-apa dalam situasi sekarang.

    "Saya kena teliti dulu perkara ini dan akan berikan komen dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

    Sementara itu, Yazit, 54, juga enggan mengulas lanjut dan berjanji akan mengadakan satu sidang media beberapa hari lagi.

    "Saya serahkan kepada polis untuk buat siasatan. Biarlah polis buat kerja mereka.

    "Apa yang boleh saya katakan, saya sudah banyak bersabar dengan karenah anggota Search sebelum ini. Banyak persembahan sebelum ini yang saya belum terima apa-apa bayaran.

    “Selama ini saya cuma mendiamkan diri tetapi dalam sidang media nanti saya akan jelaskan semuanya,” katanya.

    Dalam laporan polis itu juga, Yazid mendakwa ada berkunjung ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn Bhd untuk berbincang mengenai keinginannya beraksi dalam konsert itu.

    Dia terkejut apabila diberitahu bayaran RM75,000 sudah dilunaskan kepada Search pada Disember 2015 tetapi dia tidak menerima satu sen sehingga kini.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan